NASIB DUA RODA

Nasib Dua Roda

Bila hujan lebat, di mana lagi tempat berteduh para penunggang motosikal? Mana lagi kalau bukan di bawah jambatan dan bahu-bahu jalan.

Sedar tidak sedar, keputusan sebegini boleh mengundang bahaya sehingga membawa maut!

Sekitar April 2015, di KM17.2 Lebuhraya Grand Saga dekat Sungai Long pernah menjadi saksi kemalangan maut membabitkan dua orang penunggang motosikal apabila dirempuh kenderaan lain. Sementara empat yang lain cedera parah. Kesemua mangsa pada ketika itu sedang berteduh di bawah jambatan apabila berlakunya hujan lebat.

Difahamkan, terdapat kawasan rehat dan rawat (RnR) di sekitar kawasan tersebut. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah adakah kemudahan-kemudahan seperti itu sudah mencukupi? Jika ada sekalipun, apakah ia mesra pengguna?

Isu berkaitan penunggang motosikal terutamanya di ibukota sudah lama dibangkitkan. Tetapi, apakah pihak berwajib memandang berat tentang permasalahan ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s