Kerajaan mahu bela nasib rakyat miskin bandar, bukan kroni DBKL

PPR untuk rakyat miskin bandar

Malaysia Menjerit menyambut baik hasrat kerajaan untuk menjual rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada warga Kuala Lumpur menerusi konsep sewa-beli tanpa dikenakan bayaran deposit.

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak yang menghuni PPR tersebut.

Hasrat kerajaan ini akan direalisasikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Setakat ini sebanyak 33 kawasan PPR di sekitar Kuala Lumpur. Sementara Perumahan Awam (PA) DBKL pula merangkumi 37 kawasan dengan jumlah keseluruhan penghuni PPR seramai 180,000 orang.

Malaysia Menjerit difahamkan, Kementerian Wilayah Persekutuan akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi melaksanakan konsep sewa-beli PPR di Jinjang, Kepong membabitkan 1,200 unit rumah.

Syukur Alhamdulillah dan sekalung penghargaan atas usaha kerajaan menangani permasalahan miskin bandar.

Namun dalam masa sama, mengikut pengalaman Malaysia Menjerit menerusi keluhan masyarakat bawahan, apa yang terkandung di dalam agenda transformasi kerajaan seperti isu pemilihan kediaman itu perlu dilaksanakan secara efektif dan tepat pada sasarannya.

Banyak kali kedengaran unit-unit rumah yang ditawarkan diberikan kepada kroni-kroni DBKL seperti ahli keluarga dan sanak-saudara mereka. Lebih mengecewakan, segelintir daripada mereka terdiri dikalangan berpendapatan tinggi!

Perkara seumpama ini sewajarnya dibendung daripada terus berlaku. Rakyat yang sebenar-benarnya layaklah yang sepatutnya menerima manfaat daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini. Jika tidak, hasrat kerajaan untuk membela nasib rakyat hanya sekadar omong kosong.

‪#‎DariRakyatUntukRakyat‬ ‪#‎MiskinBandar‬ ‪#‎RumahRakyat‬

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s