KENAPA ORANG RAMAI LEBIH MEMILIH UBER DAN GRABCAR BERBANDING TEKSI ?

13920941_1749391645325931_7264252382644231397_n

Inilah yang pemandu teksi kena fikirkan, kenapa Uber dan GrabCar menjadi pilihan orang ramai dan bukannya perkhidmatan teksi. Antara sebab kenapa mereka lebih memilih Uber dan GrabCar adalah kerana ia mudah diakses dan cepat. Manakala kenapa mereka menolak perkhidmatan teksi adalah kerana teksi tidak mengunakan meter, caj berlebihan, teksi kotor, tidak sopan dan memilih destinasi.

Sebenarnya jika tidak dibuat bancian pun ramai boleh agak perkhidmatan mana yang akan dipilih. Orang ramai memilih Uber dan GrabCar bukan kerana harganya yang berpatutan, tetapi lebih ktrepada perkhidmatan mereka yang lebih mesra dan baik.

Pemandu teksi perlulah berubah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka bukan hanya menyalahkan SPAD dan kerajaan. Jagalah kebersihan teksi, pastikan keselesaan teksi dan juga tingkatkan mutu perkhidmatan.

Pemandu teksi tidak seharusnya marah dengan keberadaan Uber dan GrabCar dalam padang persaingan. Mereka perlu bertenang dan jangan beremosi. Teruskan berusaha dan jangan putus asa, lawanlah Uber dan GrabCar secara sihat dan berikan perkhidmatan yang terbaik.

Negara kita masih lagi memerlukan khidmat teksi, oleh itu bagi SPAD perkhidmatan teksi perlu terus dipertahankan dan diberi nafas baru agar tidak diketepikan dalam senarai perkhidmatan awam di Malaysia.

Pemandu teksi perlulah sama-sama berusaha untuk mengeluarkan pandangan negatif orang ramai terhadap permandu teksi. tingkatkan mutu perkhidmatan , mesra pelanggan dan amanah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s