Bantu rakyat miliki kediaman sendiri. Betul ke?

14079996_1753633108235118_6294800884828526143_n

Nampaknya kerajaan benar-benar mahu membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Konsep sewa-beli dan menaikkan pendapatan isi rumah pemohon daripada RM2,500 kepada RM3,000 sememangnya disambut baik ramai pihak.

Cuma, apakah ia dapat dilaksanakan dengan adil tanpa memilih bulu?

Persoalan ini diharapkan tidak berlegar-legar untuk jangka masa tertentu sahaja sebaliknya perlu dibangkitkan setiap masa.

Ia bagi memastikan tiada istilah ‘pilih bulu’ dan mengutamakan kroni melibatkan pihak-pihak yang menguruskan. Malaysia Menjerit yakin orang ramai juga tidak mahu lagi melihat ‘anak-beranak’, ‘saudara-mara’ dan rakan-rakan pihak tertentu sahaja yang memenuhkan unit kediaman rakyat.

Ini bukan projek untuk menyenangkan warga DBKL, Kementerian mahupun agensi tertentu. Ini adalah projek untuk rakyat.

Awang Selamat dalam kolumnis akhbar Utusan Malaysia ada mengatakan,

“AWANG berharap cadangan menaikkan pendapatan isi rumah bagi memohon kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan tempat kediaman.

“Menyedari hakikat bahawa jumlah pemohon di bawah kategori itu terlalu ramai, utamakanlah golongan yang benar-benar berpendapatan rendah dan amat memerlukan. Contohnya setinggan, mereka yang sudah berkeluarga dan orang kurang upaya. Jika berlaku sebarang penyelewengan berkaitan maklumat pemohon, ambillah tindakan supaya pembahagian rumah PPR ini benar-benar telus dan adil.

#IsuRakyat #MilikRakyatBukanKroni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s