Setelah 20 tahun monopoli penyiaran di Malaysia…

14237695_1757088967889532_6341049087670746257_n

Syarikat siapa lagi kalau bukan Measat Broadcasting yang dimiliki jutawan T Ananda Krishnan. Selain Astro, beliau juga pemilik kepada syarikat telekomunikasi, Maxis.

Nama ‘manja’ jutawan ini ialah AK. Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur manakala bapanya berasal dari Sri Lanka.

Tahun depan, 2017, akan berakhirnya monopoli syarikat itu terhadap aktiviti penyiaran di Malaysia sepertimana yang diberikan oleh kerajaan.

Apakah perjanjian monopoli ini akan disambung? Tidak dapat dipastikan…

Walau apa pun, ia mungkin tidak akan memberi kesan terjejas kepada syarikat mega ini. Tambahan pula syarikat ini sudah terbang tinggi seantero dunia… Perniagaan syarikat ini sudah
mengembang mengukuh… Di Malaysia, pengguna Astro sudah mencecah ratusan juta orang.

Namun yang demikian, walaupun sudah lama dalam perniagaan, terdapat juga rungutan daripada pengguna. Antara yang popular ialah tentang ‘hujan’. Pengguna tidak dapat menonton televisyen
apabila hujan. Syarikat sudah tentu memiliki jawapan mereka sendiri kenapa masalah itu tidak boleh diselesaikan.

Begitu juga dengan rungutan tentang bil yang melambung tinggi. Sejauh mana kebenaran rungutan ini, tidak dapat disahkan… Mungkin pengguna tidak bijak memilih pakej yang ditawarkan…

Biarlah Astro dengan pelanggannya… Kini, menjelang tahun 2017. Tahun dimana tamatnya kontrak monopoli syarikat tersebut.

Selepas Astro, siapa pula akan ditawarkan ‘syurga dunia’ seperti AK?

Pada bulan November 2015, media tempatan melaporkan bahawa siaran televisyen digital akan dinikmati secara percuma menjelang awal tahun 2016.

Ia bukannya rekaan cerita media tetapi dipetik daripada kenyataan Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya.

Apa itu MYTV?
Ia adalah singkatan daripada syarikat pengendali, MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Kata Mohamed Redzwan, bagi menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu memiliki set dekoder atau Set Top Box. Erti kata lain, televisyen anda boleh menerima siaran digital secara
langsung – iDTV.

Sementara set-set dekoder dan televisyen tersebut perlulah memiliki label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) dikenali sebagai ‘Label Pengguna Alat Penerima DTTB (DTTB Malaysia).

Label DTTB Malaysia diperkenalkan oleh SKMM dan pengeluarannya dikawal selia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Fasa pertama siaran yang dijadual awal 2016 akan meliputi kira-kira 85 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara sebelum dipertingkat kepada 98 peratus menjelang akhir 2016.

Menerusi perkhidmatan DTTB, penonton di negara ini akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, pilihan saluran siaran percuma lebih banyak selain akses
perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli belah dari rumah serta menonton video atas pemintaan.

Sebanyak dua juta set dekoder akan diedar dan diberi secara percuma kepada isi rumah yang yang layak iaitu mereka yang tergolong dalam kelompok pendapatan 40 peratus ke bawah (B40).

Projek DTTB itu merupakan inisiatif pembiayaan swasta dan pihak MYTV memperuntukkan pelaburan sebanyak RM4.5 bilion bagi tempoh 15 tahun.

MYTV merupakan syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTTB di Malaysia sebagai usaha
melaksanakan penghijrahan sistem penyiaran nasional daripada analog kepada digital menjelang 2017.

Ini sebenarnya antara usaha Menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Hari ini, menterinya sudah ditukar kepada Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Apa akan berlaku selepas ini sedang kita sudah melepasi awal tahun 2016 dan menuju 2017? Sudahkah promosi diperhebatkan di seluruh negara? Atau ini sekadar hangat-hangat tahi ayam
dan rakyat tidak mempunyai pilihan selain Astro?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s