Gambar Artis KPop dengan anggota keselamatan

Gambar artis-artis KPop bersama seorang anggota keselamatan di Istana Negara ketika mengunjungi Malaysia pada Ogos baru-baru ini. Kehadiran mereka ke Malaysia adalah bersempena dengan K-Food Fair 2016 di ibunegara. Ceria saja mereka kan? Ada yang kata anggota keselamatan ini tidak ‘sporting’. Tetapi sebenarnya beliau sedang menjalankan tugasnya. Ingat tak filem Mr. Bean? Ada juga komen-komen…

LRT terkandas, apa sudah jadi?

Masalah teknikal di laluan Kelana Jaya, mengundang rasa marah, geram dan kecewa dikalangan penumpang LRT apabila perkhidmatan pengangkutan awam itu terkandas selama kira-kira 3 jam sehingga menyebabkan mereka lambat tiba ke destinasi masing-masing. Lebih geram apabila ada dikalangan pengguna mengatakan mereka tidak diberitahu tentang masalah yang sedang berlaku ketika berurusan di kaunter yang terdapat di…

#INIKANMALAYSIA, BUKAN ISRAEL… Bela peniaga guna kuasa rakyat

Ramai yang pelik kenapa sesetengah gerai menjadi ‘mangsa buli’? Lebih pelik ia seolah-olah memilih bulu? Bulu jenis A boleh berniaga, jenis B tidak boleh. Sudah banyak kali berlaku… Apakah peniaga melakukan kesalahan undang-undang? Jika salah, kenapa tindakan tidak dikenakan kepada peniaga jenis bulu B? C dan D sampai Z? Jika menjual nasi lemak tidak boleh,…

Makanan untuk pelajar miskin, ini cerita sebenar…

Semalam, sebuah portal tempatan ada mendedahkan mengenai pemberian makanan untuk pelajar dikalangan keluarga berpendapatan rendah di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di negeri Kelantan. Menurut laporan tersebut, seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun padang melihat senario yang berlaku di tempatnya berkaitan program RMT. Guru…

#SehatiSejiwa 2016 #Merdeka59

Tanpa mengenal bangsa dan latarbelakang, Dataran Merdeka dikunjungi orang ramai bagi menyambut Hari Kebangsaan 2016 sambil membawa semangat ‘Sehati Sejiwa’. Jalur Gemilang dikibar dengan penuh rasa bangga, ada juga yang mengenakannya dibadan sebagai pakaian rasmi ketika menghadiri sambutan hari yang penuh bersejarah itu. Paling menarik apabila melihat si kecil diasuh dengan begitu baik sekali oleh…

Apa sudah jadi dengan Sungai Pahang?

Apa sudah jadi dengan Sungai Pahang di negeri Pahang Darul Makmur? Musim kemarau sudah berlalu tetapi air di sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia ini terus kelihatan kering kontang. Apakah puncanya dan angkara siapa sehingga kejadian menyedihkan ini berlaku? Memetik tulisan jurnalis dan pencinta alam, Khaidir Ahmad , katanya, “Ini soal sumber air dari kawasan Hutan…

MERDEKA : Terujakah kita?

Semalam, Malaysia Menjerit ada memuatnaik status bersama sekeping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki warga asing sedang membetulkan Jalur Gemilang di Publika, Dutamas, Jalan Duta. Mungkin ada yang menganggap ia perkara biasa. Sebenarnya tidak, semangat patriotik dan sayangkan Malaysia hari ini semakin pudar. Lihatlah sekeliling anda, perhatikan dan bilang berapakah jumlah kenderaan yang mengibarkan bendera…

Setelah 20 tahun monopoli penyiaran di Malaysia…

Syarikat siapa lagi kalau bukan Measat Broadcasting yang dimiliki jutawan T Ananda Krishnan. Selain Astro, beliau juga pemilik kepada syarikat telekomunikasi, Maxis. Nama ‘manja’ jutawan ini ialah AK. Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur manakala bapanya berasal dari Sri Lanka. Tahun depan, 2017, akan berakhirnya monopoli syarikat itu terhadap aktiviti penyiaran di Malaysia sepertimana yang…

Bantu rakyat miliki kediaman sendiri. Betul ke?

Nampaknya kerajaan benar-benar mahu membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri. Konsep sewa-beli dan menaikkan pendapatan isi rumah pemohon daripada RM2,500 kepada RM3,000 sememangnya disambut baik ramai pihak. Cuma, apakah ia dapat dilaksanakan dengan adil tanpa memilih bulu? Persoalan ini diharapkan tidak berlegar-legar untuk jangka masa tertentu sahaja sebaliknya perlu dibangkitkan setiap masa. Ia bagi…

Warga Asing Jual Rokok pada Budak Sekolah

Sekitar jam 1.30 petang semalam, Malaysia Menjerit membuat tinjauan di sekitar Danau Kota, Setapak. Belakang stesen minyak Petronas, terdapat deretan kedai dengan pelbagai jenis perniagaan. Bengkel kereta, restoran mamak, klinik, kedai perabot dan runcit. Mengejutkan, apabila melihat pelajar-pelajar sekolah yang lengkap dengan pakaian seragamnya berpusu-pusu memasuki sebuah kedai runcit yang terdapat di situ. Daripada pemerhatian,…