MONYET DI FLAT DAN LONGKANG BUSUK

_MG_2576

3 Ogos 2016, Malaysia Menjerit ada membuat tinjauan rakyat di Taman Medan Cahaya, Batu 8, Jalan Klang Lama berkaitan isu padang awam yang tidak diurus dengan baik sehingga menjadi hutan dan pusat longgokkan sampah konkrit.

Baca di sini

Atau klik pada pautan :

MAIN BOLA DALAM HUTAN DENGAN KERETA HANTU

Dalam masa sama, Malaysia Menjerit turut mendekati kawasan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berdekatan.

Kami agak terkejut kerana mendapati saluran-saluran longkang di situ dijadikan tempat membuang sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lebih teruk daripada itu, terdapat juga haiwan-haiwan peliharaan yang dibawah pengawasan pihak berkuasa dipelihara penduduk.

Sedia maklum, monyet, kera, beruk dan seumpamanya merupakan haiwan yang sedang diancam kepupusan. Tetapi kewujudan haiwan ini apatah lagi di kawasan kediaman seperti PPR adalah sesuatu yang amat mengejut dan mengecewakan.

Apakah masyarakat hari ini semakin rakus dan mementingkan diri sendiri serta tidak lagi menghiraukan undang-undang?

Di mana kesedaran masyarakat dan apakah tiada kewujudan anggota penguatkuasa di kawasan ini?

*Sekiranya mempunyai sebarang isu di tempat anda, suarakan kepada kami (mesej di Facebook) supaya kita sama-sama dapat menjerit kepada pihak yang berkaitan khususnya dan masyarakat amnya.

‪#‎IsuRakyat‬ ‪#‎Komuniti‬ ‪#‎MonyetDiPPR‬

Leave a comment